Assalamualaikum,
Agak lama jugak saya tak menjenguk blog kuihraya ni... pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog ni dan juga kepada semua yang sudi menghubungi saya untuk tempahan kuih raya.. saya juga ingin mengambil kesempatan ni memohon ribuan kemaafan kepada semua kerana ada beberapa panggilan dan permintaan sample yang tak sempat saya penuhi.. terutama kepada saudara / saudari dari johor, kelantan dan parit buntar yang menghubungi saya sekitar bulan June lalu kerana agak sibuk bergelut menyambut kelahiran puteri sulung kami, Maryam.
Alhamdulillah.. esok tamatlah tempoh berpantang selama 44 hari.. InsyaAllah, akan cuba memenuhi semua permintaan sebaik mungkin.. sekali lagi saya memohon maaf kepada semua dan dikesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG.
No comments:
Post a Comment