Monday, April 22, 2013

Katalog Kuih Raya 2013

Assalamualaikum,

Katalog Kuih Raya 2013 
Tarikh tutup tempahan adalah pada 15 Ramadhan 1434 H / 24 Julai 2013

Click pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Katalog ini telah dikemaskini pada 27/5/2013. Kuih yang tidak dibuka untuk tempahan sebelum ini telah kami keluarkan dari katalog. Katalog ini adalah yang final.

Mohon maaf diatas kesulitan.

Harga runcit untuk kesemua kuih raya moden adalah rm20.00
Kuih Bangkit RM15.00
Bangkit Kelapa RM17.00
Popia gulung inti ikan RM15.00 / 300 gram


Terima Kasih.






Monday, April 8, 2013

Door Gift

Assalamualaikum,

Kami menerima tempahan untuk door gift. Sekiranya berminat dengan produk kami, anda boleh emailkan ke riz.izza@gmail.com untuk tempahan dan pertanyaan. Terima Kasih..

Diantara gambar yang kami akan kongsi hari ini..



Terdapat banyak lagi pilihan produk yang akan kami kongsikan bersama anda. Tunggu update dari kami. Terima Kasih.

Monday, February 25, 2013

Tempahan Bahulu Ikan (Biasa)

Alhamdulillah,

Tempahan ini adalah repeat order daripada pelanggan kami dari USJ 1. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada kami.






Friday, February 22, 2013

Tempahan Bahulu Coklat & Strawberry

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dalam kesibukan dan pelbagai dugaan silih berganti minggu ini sempat juga kami siapkan tempahan bahulu cermai dan belimbing sebanyak 2000 pcs daripada pelanggan dari Rawang. Pelanggan inginkan bahulu dalam dua perisa iaitu Coklat dan Strawberry. Hanya beberapa keping gambar sahaja yang sempat diambil.. Jom tengok hasil bahulu kali ini :)

Bahulu Strawberry.. owh.. dibahagian dalam warna pink strawberry..
don't expect bahagian luar  bahulu akan jadi warna pink ye..

Bahulu berperisa Strawberry

Bahulu berperisa Coklat..


Sunday, February 3, 2013

Tempahan Bahulu Ikan Coklat Rice

Assalamualaikum,

Gambar bahulu ikan yang nak dikongsi kali ni adalah Bahulu Ikan Coklat Rice yang ditempah oleh Norhada dari Kuala Lumpur untuk dibawa ke Jepun. Bahulu ini tahan selama tiga minggu.





Sunday, January 27, 2013

Tempahan Biskut / Kuih Raya 2013

Assalamualaikum,

Tempahan kuih raya untuk tahun 2013 telah pun dibuka. Kepada pelanggan yang ingin membuat tempahan secara borong bolehlah berbuat demikian seawal yang boleh untuk memudahkan pihak kami membuat perancangan awal bagi memenuhi kesemua permintaan.

Untuk membuat tempahan, sila nyatakan maklumat dibawah dan emailkan ke riz.izza@gmail.com:
1. Nama / Jenis kuih
2. Kuantiti
3. Lokasi penghantaran
4. Tarikh penghantaran

Syarat-syarat untuk pemborong:
1. Deposit sebanyak 70% dari harga keseluruhan.
2. Tempahan perlu dibuat 3 bulan awal sebelum tarikh penghantaran
3. Penghantaran percuma ke seluruh lembah klang.

Sample kuih disediakan.
Senarai kuih raya pada tahun 2013 adalah seperti dibawah:

1. Almond London
2. Kuih Sampan
3. Samperit
4. Tart Apple
5. Tart Strawberry
6. Tart Blueberry
7. Tart Cappucino
8. Tart Nenas
9. Kuih Suji
10. Makmur Pandan
11. makmur Biasa
12. Choc Ball (bersalut badam)
13. Choc Chip
14. Choc Stick (bersalut badam)
15. Strawberry Stick (bersalut badam)
16. Nestum Nut
17. Kuih Siput
18. Choc Bar
19. Marble Choc
20. Marble Strawberry
21. Kuih Bangkit
22. Kuih Bakar
23. Kuih Bangkit Kelapa
24. Choc Cruncy
25. Putu Kacang
26. Popia Nestum
27. Popia Kacang Hijau
28. Popia Simpul
29. Mazola

Senarai kuih raya terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Segala pertanyaan harga dan sebagainya sila emailkan kepada riz.izza@gmail.com


Sekian, Terima Kasih kerana mengunjung blog kami. :)


Wednesday, December 12, 2012

Bahulu Ikan Coklat Rice

Assalamualaikum,

Gambar yang nak dikongsikan dibawah ini adalah Bahulu Ikan Emas dengan Coklat Rice. Bahulu ini siap dipack untuk door gift bagi Majlis Khatam Quran, Bersunat dan Cukur Jambul.





Untuk tempahan sila emailkan ke riz.izza@gmail.com. Atau boleh sms / call 019-6760119. Sila tinggalkan pesanan anda sekiranya kami tidak sempat menjawab panggilan anda. Terima Kasih atas sokongan anda semua.